Sunday, February 28, 2010

Lepak Di Sate Hj. Samuri Taman Melawati







Lepas gi showroom Produa kami ramai-ramai gi melepak kat Restoran Sate Hj.Samuri Taman Melawti....kebetulan esok hari ulangtahun abang ipar yang pakai topi tu...so kami celebrate la, abang ipar aku ni memang suka sangat makan sate....

Selamat Ulangtahun semoga di panjangkan umur di murahkan rejeki aaaa..... lain kali kita lepak tempat lain pulak....

Wednesday, February 24, 2010

Kembalinya Abah ke Rahmatullah........

"Rindu pada abah masih belum terubat lagi....masih terbayang bagaimana sejuk dahi abah ketika aku kucup, halusnyer kulit abah ketika ku usap, gembiranya abah ketika lihat aku datang....abah betapa aku rindu saat kita bergurau senda, betapa rindunyer tangan ini ingin mengurut abah betapa rindunyer hati ini ingin memeluk abah.....sesungguhnyer rindu anakmu ini tiada penghujung"




"Subhanallah maha suci Allah....sesungguhnyer aku bersyukur kerana diberi kesempatan bersama abah walaupun hanya 1 jam sahaja....syukur alhamdulillah"



Tanggal 22hb Februari 2010 merupakan satu tarikh yang punya banyak kenangan buat aku, yang pertama tarikh ini adalah tarikh lahir suami ku yang terchenta, yang kedua merupakan tarikh kemasukkan Along ke Kolej dan yang ketiga merupakan tarikh Abah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan kami sekeluarga.

Aku baru jer sampai dari Riyadh pada 19hb dan abah pulak tinggalkan aku 22hb Feb...tapi sempat juga aku mengurut abah mencium dan bergurau senda dengan abah walau hanya 1 jam sajer...dan aku tak sangka saat itu merupakan saat yang terakhir aku bersama Abah...

Semoga Abah sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh hendaknyer...Aminnnnn.


Monday, February 22, 2010

ALong Ke Kolej...........

Baru sampai tapi dah padat jadual harian aku so salah satunyer menghantar Along (anak sulung) melaporkan diri ke Kolej jurusan yang di ambik ialah Diploma Interior Design.... Kali ni aku di teman ni oleh Mak, Kak Long (anak sedara) dan Maisarah. Hari ni jugak adalah hari ulang tahun suamiku...sedih kali ni suami ku celebrate sorang-sorang.





Saturday, February 20, 2010

SELAMAT TINGGAL RIYADH..........

Beg-beg ni ajer yang kami bawak balik....barang yang lain kami kargo ajer...


kami berangkat pulang pada 18hb Feb....Kali ni balik naik Etihad dan transit di Abu Dhabi selama 8 jam...nasib baik ada kak midah dan anaknyer najihah so tak la boring sangat...hmmm tima kasih pada sahabat handai yang menghantar kami anak beranak di airport...


Tengok tu muka suamiku...tension giler...sedih pon iyer gak tapi hanya ALLAH saja yang tau bagai mana gundah gulana hatinyer ......


Maisarah dekat nak balik lagik manja ngan ayahnyer...yang anak pompuan dan lelaki ni pulak asyik la ngira pukul baper nak check in..

Friday, February 12, 2010

Me & My cIt cAt Party...



Terima kasih tak terhingga pada teman-teman dan adik-adik yang sudi wat cit cat party untuk kali terakhir aku di Riyadh.... hmmmm perasaan ni bercampur baur sebenarnyer....first happy coz dapat balik Malaysia dan yang paling penting dapat jumpa abah ngan emak, keluarga, sanak sedara, sahabat handai.

Tapi ada yang paling tak sanggup aku nak buat, bila terpaksa berjauhan ngan darling haku yang selama ini akulah yang menyediakan breakfast, lunch & dinner lepas ni macam mana agaknyer. Bab yang ni aku tak leh nak bayangkan, dan kalau boleh tak nak bayangkan sebab nanti boleh buat aku jadik tak tentu arah.

Walau macam mana pon aku sangat gembira kerana banyak pengalaman yang aku perolehi tinggal di negara orang. Ketahuilah bahawasanyer aku pasti rindu kalian .......







Wednesday, February 10, 2010

HaDiFku CaYaNg

Tinggal baper hari jer lagik aku nak balik.....mama, miera n Hadif selalu datang umah hilang rasa penat bila nengok dan dapat main ngan hadif...tengok si Hadif makin pandai .....makin sedih nak tinggalkan dia.





Miera pulak makin dekat kami nak balik makin kerap dia merajuk...hmmmm pasti rindu kat diorg berdua...errrrr tak tahan rasanyer...so sempat la si intan merakamkan gambar kami berdua untuk kali terakhir bersama Mr. Hadif n Miss Miera