Lama juga aku tak hapdet blog aku ni, penyakit M datang menyerang buatkan aku tak mood nak hapdet blog ni. Ditambahkan pulak persiapan aku utk menunaikan ibadah haji so menghapdet blog tak termasuk dalam list hehehehhe. Bukan apa aku nak memberi tumpuan pada ibadah haji aku.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun aku sakit lutut kedua belah kaki aku rasa bersyukur yang teramat sangat kerana waktu aku buat haji kaki aku berbakti sungguh dan tak sakit seperti sebelumnya. Allahuakbar, kau maha besar kau maha pengasih dan penyayang ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan.
Alhamdulillah kita dah masuk dah 1430 hari ni, rasa seronok rasa gembira walaupon byk gak azam tahun lepas yg tak tertunai so carry foward utk tahun ni dan di tambahkan dengan azam baru. Semoga dengan hadirnya tahun baru ni memberi seribu satu kesyukuran, kebahagian, kelapangan, kemudahan dan kenikmatan pada kami sekeluarga hendaknya. Amin
No comments:
Post a Comment