Wednesday, February 24, 2010

Kembalinya Abah ke Rahmatullah........

"Rindu pada abah masih belum terubat lagi....masih terbayang bagaimana sejuk dahi abah ketika aku kucup, halusnyer kulit abah ketika ku usap, gembiranya abah ketika lihat aku datang....abah betapa aku rindu saat kita bergurau senda, betapa rindunyer tangan ini ingin mengurut abah betapa rindunyer hati ini ingin memeluk abah.....sesungguhnyer rindu anakmu ini tiada penghujung"




"Subhanallah maha suci Allah....sesungguhnyer aku bersyukur kerana diberi kesempatan bersama abah walaupun hanya 1 jam sahaja....syukur alhamdulillah"



Tanggal 22hb Februari 2010 merupakan satu tarikh yang punya banyak kenangan buat aku, yang pertama tarikh ini adalah tarikh lahir suami ku yang terchenta, yang kedua merupakan tarikh kemasukkan Along ke Kolej dan yang ketiga merupakan tarikh Abah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan kami sekeluarga.

Aku baru jer sampai dari Riyadh pada 19hb dan abah pulak tinggalkan aku 22hb Feb...tapi sempat juga aku mengurut abah mencium dan bergurau senda dengan abah walau hanya 1 jam sajer...dan aku tak sangka saat itu merupakan saat yang terakhir aku bersama Abah...

Semoga Abah sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh hendaknyer...Aminnnnn.


No comments: