Tuesday, October 5, 2010

TERAPI DIRI DENGAN ASMAUL HUSNA



Ya Allah , Ya Rahiim, dengan kasih sayangMu berikan aku kemudahan menulis cebisan ilmu yg diperolehi dari pertemuan dgn penulis buku Asmaul Husna Atas NamaMu Aku Merintih, Dr Wan Maseri. Semoga dapat ia dikongsikan dengan sahabat serta keluargaku........

Ahli-ahli sufi berpendapat bahawa manusia yang memasuki usia 40 tahun itu adalah seumpama mayat berjalan...Yakni, umur 40 merupakan umur sempadan di mana pada usia ini Allah sudah mula menarik sedikit demi sedikit nikmat dunia pada kehidupan dan sebagai manusia, kita acap kali menjuruskan faktor kekurangan tersebut sebagai satu permasalahan. Situasi ini sebenarnya merupakan proses pembersihan jiwa yang adakalanya pelbagai rupa sama ada dalam bentuk kekurangan kesihatan diri, kekurangan harta, wang ringgit hatta kasih sayang sesama manusia

Proses pembersihan jiwa ini adalah atas kasih sayang Allah pada hambaNya, yang hakikatnya Dia mahukan kita kembali pada Nya dengan jiwa yang bersih yang hanya penuh dengan kecintaan pada NYA. Ada banyak cara yang boleh diusahakan dan salah satu jalan untuk mendapatkan jiwa yang bersih sebagai persediaan kembali kepada Allah ialah melalui zikir atau terapi Asmaul Husna.

Dalam apa jua bentuk permasalahan, kita perlu faham hakikat bahawa Allah Ya Malik yang memiliki kesemuanya. Bila diuji kita seringkali bertanya sebab musabab ,kenapa aku dihina, kenapa aku yg dipilih kena sakit ini, mengapa bukan dia, kenapa suami ku kahwin lagi, kenapa isteriku buat hal , mengapa bos aku tak suka aku dan seribu satu soalan lagi...

So langkah pertama yg perlu kita lakukan untuk melihat keEsaan Allah ketika menghadapi ujian ialah kita perlu menfanakan sebab musabab. Sebab musabab yang bersarang dalam diri itu yang jadi hijab untuk melihat makrifat/zat Allah.....Untuk menfanakan sebab musabab daripada hati ini, lafazkan sepenuh jiwa raga Allah Ya Bathin ( maksudnya Allah Yang Maha Tersembunyi) , sambil getaran hati merintih padaNya mohon Dia sembunyikanlah sebabmusabab dari hati kita .

Amalkan selepas solat sekurang-kurangnya 40x. Lakukan dengan penuh keyakinan dan keikhlasan, insyaAllah keajaiban Allah melalui makrifat Ya Bathin ini mampu mengusir ‘berhala-berhala’ dalam hati dan kemanisan cintaNya dapat dirasai....

Allah SWT berfirman, “ Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya (dgn ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekatiKu sejengkal, aku mendekatnya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaku berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat “ Riwayat AlBukhari dan Muslim.

Sumber : Sahabatku Azie

No comments: