Wednesday, July 22, 2009

Aku Redha Dengan Ujian Mu Ya Allah......Part 1

Hari ini aku di uji ..... aku bersyukur kerana di beri kesempatan melalui ujian sehebat ini ..... semua ini ku terima dengan tabah apapun keputusan dan takdirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya kau lebih mengetahui dari hambamu ini ya allah.....ku serahkan hidup dan matiku kepada mu....

Hari ini debaran jantungku semakin kencang....pukul 7.30 pagi suamiku telah di tolak masuk ke bilik operation untuk menjalani pembedahan jantung ( bypass). Aku sempat memohon ampun dan maaf meminta dihalalkan makan dan minum ku dan sempat aku berbisik kepada suamiku "kita jumpa nanti, semoga selamat",. Bederai airmata tanpa henti, semakin laju degupan jantung ini bila suamiku hilang dari pandangan. Hati ini berdoa "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Maha Suci Allah, Sesungguhnya kau maha pengasih dan maha penyayang, berilah aku kekuatan, kesabaran dan juga ketabahan menghadapi ujian mu ini Ya Allah. Ku serahkan suamiku dalam jagaan mu hanya kau yang maha mengetahui yang terbaik untuk hambamu ini ya Allah. Amin amin ya rabbal alamin".

Hati ini berzikir tanpa henti, tak lalu makan tak lalu minum, berdiri tak kena duduk tak kena, sahabat karib ku mengambil cuti tujuannya untuk menemani aku dan sedikit sebanyak memberi aku kekuatan menghadapi hari ini. Anak lelaki sulung ku juga sentiasa berada di sisi ku menemani aku dan suami ku dari mula suami ku dimasukkan wad hingga hari pembedahan. Allah benar-benar memberi aku kekuatan, sedikit kegelisahan tak terlihat di wajahku aku cuba kuatkan semangat untuk hadapi apa jua kesudahan cerita hari ini.

Kira-kira jam 3.30 petang pembedahan yang dilakukan ke atas suamiku telah selesai, aku telah di panggil untuk masuk ke bilik ICU. Ku tinggalkan makanan dan minuman yang baru ku pesan dan terus bergegas ke bilik ICU. Subhanallah syukur alhamdulillah semuanya telah selesai, aku pitam bila melihat keadaan suami ku nasib baik sempat di sambut oleh doktor. Tiada daya upaya menahan pilu melihat keadaan suamiku, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bederai air mata anak sulungku pabila melihat ayahnya begitu rupa.

Setelah keadaan ku tenang doktor pakar bius dan doktor pakar jantung memberitahu sebanyak 5 bypass terpaksa dilakukan dan urat kaki kiri dan kanan yang di ambil halus katanya tak senormal seperti orang lain. Keadaan suami ku dikatakan stabil. Aku bergegas ke bilik solat dan mengerjakan solat syukur kerana semuanya telah selamat. Syukur alhamdulillah semuanya telah selesai....

Kira-kira jam 6.00 petang doktor memanggil aku dan suruh aku tunggu sehingga pukul 9.00 malam, ku lihat bilik ICU dimana suami aku ditempatkan agak cemas. Bila aku tanya doktor katanya semuanya OK, tapi dari pengamatan aku pasti ada sesuatu yang tak kena. Tepat jam 9.00 malam aku jumpa doktor semula dan bertanyakan keadaan suamiku, doktor kata semuanya OK dan dia suruh aku pulang memandangkan keadaan aku yang tak cukup rehat dan tak cukup tido. Aku pon pulang ke rumah sebelum aku melangkah keluar dari bilik ICU aku nampak suamiku dah mula minum.




No comments: