Wednesday, July 22, 2009

Aku Redha Dengan Ujian Mu Ya Allah......Part 2

Pembedahan untuk kali ke 2.....Anakku Asyraaf sentiasa berada di sisi ayahnya


Sesampai ajer aku di rumah lebih kurang jam 10.00 malam aku pon menelepon ke bilik ICU bertanyakan keadaan suamiku. Jawap seorang nurse "En. Zul keadaan dia stabil kak cuma ada pendarahan sikit, tapi masih terkawal". Aku terus bertanya "tadi doktor tak ada kata apa pon, dia kata everything ok". Cepat-cepat nurse tu jawap "akak jangan risau kalau ada apa-apa kami akan segera beritahu", aku pon terus letak telepon.

Belum sempat aku tukar pakaian lebih kurang 10 minit hp aku berdering, "kak doktor nak cakap ngan akak", terkejut aku dibuatnya dan bertambah laju degupan jantung serta terasa panas darah naik ke muka bila doktor kata "kami terpaksa bawa En. Zul ke bilik operation semula kerana terdapat pendarahan yang tidak berhenti". Aku cuma sempat jawap "kenapa doktor?" doktor sempat jawap "puan di minta datang dengan kadar segera ke hospital". "ALLAHU AKBAR" aku menjerit sekuat hati dalam kamar ku, badan ku lemah fikiran ku melayang. Aku terus mengangkat tangan "Ya Allah bantu la suami ku dan kau bantu la aku ya Allah, berikan la hamba mu ini kekuatan ya allah sesungguhnya aku sudah tiada daya upaya".

Aku terus call emak dan beritahu keadaan suamiku..... aku mohon mak buatkan sembahyang hajat untuk suamiku, berderai airmata, melayang semangat entah kemana. Pesan ibu "berdoa dan bertawakallah kepada Allah na, semoga semuanya selamat. Emak sentiasa mendoakan zul moga dia dan kau sentiasa tabah dan kuat hadapi ujian ini". Berderai laju lagi airmata ini, namun hati ini masih mengucapkan syukur kerna aku masih punya ibu, doa seorang ibu itu tidak ada hijab........ Alhamdulillah.......syukur ya Allah.

Kemudian aku call Roslee (agen insuran) yang kebetulan tinggal berdekatan dengan hospital Pantai.... aku mintak tolong pergi ke hospital melihat keadaan suamiku, kemudian aku call adik ipar ku dan suruh dia bergegas ke hospital. Dalam keadaan yang kelam kambut aku terus bersiap dan terus memandu laju ke hospital. Kali ni aku di temani anak lelaki ku yang nombor dua, tiada kata-kata hanya zikir dan istigfar yang bermain dibibirku.

Sesampai saja di selekoh Desa Water Park aku di tahan oleh polis trafik kerana memandu laju tak silap aku 130km sejam. Memang patut pon aku di tahan, tapi bila aku berhenti nak kuarkan lesen polis trafik suruh aku beredar. Syukur alhamdulillah.....ya Allah terima kasih atas bantuan mu ya Allah. Sesungguhnya kau maha mengetahui ya Allah.

Sesampai ajer aku di hospital Roslee (agen insuran) bagitau suamiku telah masuk ke bilik pembedahan kira-kira 1/2 jam yang lalu. Bergenang air mata ini kerana aku tidak sempat menatap wajahnya sebelum masuk ke bilik pembedahan. Doaku sentiasa mengiringi mu wahai suami ku.

Tepat jam 3.30 pagi aku di panggil dan diberitahu yang suamiku telah berada di bilik ICU, Ya Allah cekalkan hati dan kuatkan semangat ini untuk melihat keadaan suamiku buat kali ke 2. Kali ini airmataku tertumpah lagi bila melihat keadaannya.... aku terluka lagik. "Abang kuatkan semangat, tabahkan hatimu moga abg sentiasa sabar dalam menahan kesakitan, moga Abang sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya, amin".

Doktor memeluk erat bahuku cuba memberi aku semangat, kata doktor "this time it will be fine" kali ini aku hanya mampu tersenyum. Anak aku Asyraaf tidak dapat lagi menahan airmata menangis teresak-esak melihat keadaan ayahnya. Sempat aku memeluk dan berbisik "kita kena kuat semangat, baru ayah kuat semangat biar apapun terjadi kita mesti senyum bila ayah buka mata nanti yer", asyraaf hanya mampu menundukkan kepala.

Lega hati ini walaupon mesin dalam bilik ICU ini makin bertambah, tapi bila lihat balang yang sebelum ini penuh darah tapi kini darah tersebut dah mula turun dengan perlahan. Alhamdulillah maha suci Allah sesungguhnya kau maha besar maha kaya ya Allah.

1 comment:

Swahili said...

menitis air mata Su yang mahal nie.
seram sejuk Su dengan dugaan k.ona