Friday, April 10, 2009

DARLING SAMAT PANJANG UMUR AAAARRRRR....


Selalunyer kalau kat Malaysia aku ngan anak-anak akan belikan hadiah untuk suami sempena ulangtahunnya bukan takat tu pernah gak kami buat surprise seronok tak terkata tapi kat sini nak belikan hadiah macam mana keluar pon tidak, so tak da lah hadiah.

Anak-anak ajak buat surprise birthday kek memang tak da perancangan pun nak buat, kebetulan petang tu buat kek coklat so deco ala kadar, orang tak pandai mendeco so buat aje apa yang ada kat dalam rumah. Tengah aku sibuk-sibuk mendeco kek, anak-anak pulak buat birthday kad untuk ayah, maisarah pon buat gak hehehehehhe kelakar pasalnya dia bukan reti apapon kakak ngan abg nyer yang buatkan cuma dia tandatangan ala-ala dia la.

Kebetulan pulak suamiku kerja belah petang so balik malam, apa lagik anak-anak punyer idea tutup semua lampu dan pasangkan lilin masa suamiku masuk rumah, punyerla suamiku tersenyum lebar.

Selamat menyambut ulangtahun abang, semoga abang dipanjangkan umur dan sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya".