Thursday, October 28, 2010

KEnduri Suai KEnal Di SRW

Rasa seronok betul bila ada jemputan kenduri ala-ala kenduri berjumpa sanak sedara di kampung...hmmm haku bab kenduri yang paling suka sekali first tak lain tak bukan musti lah dapat berjumpa kengkawan yang dah lama tak jumpe....pastu yang kedua dah tentu la bab makanan...hehhehee....bab makan ni kan happening dia memang la tak leh nak cakap.....dari lauk pauk hingga la ke pencuci mulut dan jugak BBQnyer memang kelas gitu..

Anyway terima kasih bebanyak pada kengkawan yang sudi menjemput kami sekeluarga ....huhuhuhu.











Wednesday, October 27, 2010

Kisah Merewang di Aparment Sri Wangi



Sesi mengupas ubi kentang untuk di buat inti karipap..... terasa mcm kat kg lak


Dah lama tak merewang macam ni.....sejak pindah ke SRW selama 6 hari dapat gak merasa merewang huhuhuuhu...sempena nak menyambut Aidil Adha ramai kaum bapa yang terpaksa bekerja aku pulak suami sedang menunaikan ibadat haji.... so dah duduk numpang rumah orang ....duduk jer la kat rumah... sib baik ada sambutan Hari Raya Aidil Adha....syukran






Thursday, October 7, 2010

IKHLASKAH HATI KITA.......


Aku selalu juga mengatakan "aku ikhlas" tapi benar-benarkah hati ini ikhlas dalam semua perbuatan, kata-kata, bantuan yang diberikan, kasih sayangku kepada sesama manusia, ibadat yang aku lakukan dan juga amanah yang diberikan. Kata Ustaz keikhlasan itu tak perlu disebut tapi akan dirasai oleh orang yang memberi dan juga orang yang menerima dan untuk mendapatkan keikhlasan kita kena selalu berdoa kepada Allah agar kita dapat mengikhlaskan hati kita dalam setiap apa yang kita lakukan.

Bulan ramadhan yang lalu aku ditemukan dengan sahabat lama ketika menghadiri training ESQ 165 di Shah Alam. Anis namanya dia merupakan teman sepejabatku dulu, dulu aku dan dia hanya teman hai hai bai bai....setelah 6 tahun aku berhenti kerja, Allah telah pertemukan aku dengannya, pertemuan ini sangat bermakna buatku. Tak sangka kami dalam perjalanan yang sama mencari CINTA hakiki, membersihkan jiwa dan mencari ilmu yang manafaat untuk dunia dan akhirat. Anis banyak menghadiri majlis-majlis ilmu dan juga mempunyai ramai kenalan yang boleh dibuat rujukan dalam macam-macam bab. Dia juga rajin berkongsi ilmu dan juga pembakar semangat untuk meneruskan perjuanganini. Dia juga rajin memperkenalkan aku dengan teman-teman yang berada dalam pencarian dan perjalanan yang sama dengan kami.

Aku mengenali Kak Wan dari sahabatku Anis, sahabatku selalu menceritakan tentang kehebatan Kak Wan dalam penghayatan Asmaul Husna, menurut sahabatku Kak Wan juga mengadakan kelas Asmaul Husna di Cheras. Jika ada sebarang pertanyaan tentang Asmaul Husna hubungi saja Kak Wan, pasti Kak Wan akan menjawap dan membalas sms.

Beberapa hari yang lalu aku tergerak hati untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Kak Wan melalui sms, soalan yang aku ajukan pada Kak Wan tentang bagaimana nak ikhlaskan hati dalam semua perbuatan kita? Syukur alhamdulillah Kak Wan membalas sms ku, di antara pesanan Kak Wan ialah :-

1) Mulakan Menyucikan Jiwa dengan zikir

"Ya Allah Ya Affuw (Yang Maha Pemaaf), Ya Ghaffar (Yang MahaPengampun), Ya Tawwab (Yang Maha Menerima Taubat), Ya Quddus ( Yang Maha Suci), Ya Jalil (Yang Maha Luhur/Jernih)"


Sambil berdoa :-

“Ya Allah Ya Affuw Yang Maha Pemaaf, Ya Ghaffar Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat, daku ini hambaMu yang banyak melakukan dosa dan kesalahan kepadaMu, kini mengakui dan menginsafi kesalahan dan kehinaan serta kekotoran diri

Dan dengan sifat Maha PengampunMu Ya Allah, daku kini menadah tangan memohon, merayu dan merintih kepadaMu akan keampunanMu dari segala dosa dan kemaksiatan yang daku lakukan selama ini. Sekiranya Engkau tidak memaafkan dan mengampuni daku, tentulah daku ini termasuk hambaMu yang rugi di dunia dan akhirat.

Daku juga ingin memohon kepadaMu Allah Ya Quddus Yang Maha Suci dan Ya Jalil Yang Maha Jernih agar kekotoran jiwa ini disuci dan dibersihkan, dan seterusnya Allah Ya Nuur, pancarkanlah cahayaMu dan alirkan kelembutanMu Ya Latif kepada jiwa ini agar ia mampu melihat dan menerima petunjukMu, bimbinganMu dan ilmuMu.”



2) Tambahkan ibadat-ibadat sunat, seperti Solat, Puasa, Membaca Al Quran dan Bersedekah sambil berzikir Ya Allah Ya Hadi (Yang Maha Memberi Hidayah).


3) Mulakan Solat Malam seperti Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Witir dan di iringi zikir:-

Ya Allah Ya Qowiy (Yang Maha Kuat), Ya Allah Ba'its (Yang Maha Membakar Semangat)

sambil berdoa:-

"Ya Allah berilah aku kekuatanMu untuk aku mendekatiMu".


4) Mula mengenal Allah dengan ilmu makrifat nescaya hilanglah rasa upaya dan daya diri dan datanglah upaya dan daya Allah sepenuhnya datanglah ikhlas kerana tak nampak kehebatan diri tetapi nampak kehebatan ALLAH.

Kini bermulalah perjalanan untuk melakukan pembersihan hati, aku perlu memberi tumpuan, sepenuhnnya. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas nasihat Kak Wan dan sudi melapangkan masa menjawap sms ku, padahal kami tak pernah bertemu tetapi Allah itu Ya Rahman Ya Rahim di alir kan rasa kasih sayangNYA kepada Kak Wan untuk melayani sms ku.

Sahabatku Anis terima kasih tak terhingga atas kesudian berkongsi sahabat dan juga ilmu buat diri ini, ku doakan moga kau dipermudahkan dalam menjalani ibadat haji, diberikan nikmat kesihatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta memperolehi haji mabrur. Selamat Jalan sahabat ku.... selamat menjadi tetamu ALLAH.

Tuesday, October 5, 2010

TERAPI DIRI DENGAN ASMAUL HUSNA



Ya Allah , Ya Rahiim, dengan kasih sayangMu berikan aku kemudahan menulis cebisan ilmu yg diperolehi dari pertemuan dgn penulis buku Asmaul Husna Atas NamaMu Aku Merintih, Dr Wan Maseri. Semoga dapat ia dikongsikan dengan sahabat serta keluargaku........

Ahli-ahli sufi berpendapat bahawa manusia yang memasuki usia 40 tahun itu adalah seumpama mayat berjalan...Yakni, umur 40 merupakan umur sempadan di mana pada usia ini Allah sudah mula menarik sedikit demi sedikit nikmat dunia pada kehidupan dan sebagai manusia, kita acap kali menjuruskan faktor kekurangan tersebut sebagai satu permasalahan. Situasi ini sebenarnya merupakan proses pembersihan jiwa yang adakalanya pelbagai rupa sama ada dalam bentuk kekurangan kesihatan diri, kekurangan harta, wang ringgit hatta kasih sayang sesama manusia

Proses pembersihan jiwa ini adalah atas kasih sayang Allah pada hambaNya, yang hakikatnya Dia mahukan kita kembali pada Nya dengan jiwa yang bersih yang hanya penuh dengan kecintaan pada NYA. Ada banyak cara yang boleh diusahakan dan salah satu jalan untuk mendapatkan jiwa yang bersih sebagai persediaan kembali kepada Allah ialah melalui zikir atau terapi Asmaul Husna.

Dalam apa jua bentuk permasalahan, kita perlu faham hakikat bahawa Allah Ya Malik yang memiliki kesemuanya. Bila diuji kita seringkali bertanya sebab musabab ,kenapa aku dihina, kenapa aku yg dipilih kena sakit ini, mengapa bukan dia, kenapa suami ku kahwin lagi, kenapa isteriku buat hal , mengapa bos aku tak suka aku dan seribu satu soalan lagi...

So langkah pertama yg perlu kita lakukan untuk melihat keEsaan Allah ketika menghadapi ujian ialah kita perlu menfanakan sebab musabab. Sebab musabab yang bersarang dalam diri itu yang jadi hijab untuk melihat makrifat/zat Allah.....Untuk menfanakan sebab musabab daripada hati ini, lafazkan sepenuh jiwa raga Allah Ya Bathin ( maksudnya Allah Yang Maha Tersembunyi) , sambil getaran hati merintih padaNya mohon Dia sembunyikanlah sebabmusabab dari hati kita .

Amalkan selepas solat sekurang-kurangnya 40x. Lakukan dengan penuh keyakinan dan keikhlasan, insyaAllah keajaiban Allah melalui makrifat Ya Bathin ini mampu mengusir ‘berhala-berhala’ dalam hati dan kemanisan cintaNya dapat dirasai....

Allah SWT berfirman, “ Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya (dgn ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekatiKu sejengkal, aku mendekatnya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaku berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat “ Riwayat AlBukhari dan Muslim.

Sumber : Sahabatku Azie

Monday, October 4, 2010

MENCARI HATI


Ya Allah Ya Raheem Mudahkan penulisan ini dan alirkan kefahaman dan rahmati ia Ya Allah Ya Rahman .

Dr Juanda minta kita baca dgn hati dan bukan dgn lidah kata-kata ibnu al Qayyim ini

" Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yg tidak boleh dijahit melainkan dengan bertemu Allah. dihatimu juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubat melainkan bersendirian bersama Allah. Dihatimu jua ada kesedihan yang tidak mampu dihapus kecuali dengan mengenali Allah, di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah, dihatimu juga ada gelodak marah yang hanya padam dengan redha kepada Allah"

Makanya bila rasa tertekan, kita pasti pernah merasai hati umpama koyak, kosong, sunyi, sedih, gelisah dan marah . Ubatnya hanya satu iaitu mendekati Allah. Allah yg menggenggam dan menguasai hati kita, pasti Dia menyediakan ubat yg menenangkan dan membahagiakan....Dan here is the clue of ubat itu dari ambia tersohor Al Imam Ghazali....beliau bicara

" Carilah hatimu di tiga tempat: Saat membaca al Quran, Ketika bersembahyang dan Sewaktu Mengingati Mati. Apabila kamu tidak menemukan hatimu di ketiga-tiga tempat ini maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati''

Apa yg terdaya dilafaz ialah la hau la wa qua ta illabillah..... jalan mujahadah sudah tepat, Allah menanti usaha kita untuk menemui cintaNya...InsyaAllah


Ya Allah Ya Ghafurr, ampuni ku Ya Allah, niat ku hanya satu iaitu untuk mengalirkan ilmuMu. Semoga rahmat Mu bersamanya. amin Ya rabb ya kareem

Sumber : Sahabatku Azie