Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433

Alhamdulillah syukur yang tak terkira kerana di beri kesempatan waktu dan ruang untuk menghadiri Program Mahabbah di Masjid Wilayah Persekutuan.... Permulaan tahun baru kali ni sungguh bererti buat diri ini kerana suami dan ibuku turut mengikuti Program di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tiada apa yang lebih indah selain dari memiliki rahmat dan redha dari Allah s.w.t, Allah Maha Agung, Allah Maha Suci dan Allah itu Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang sesungguhnya perancangan Allah sangat cantik.



" Allahumma Ya Allah dengan kehadiran tahun baru ini, hambamu ini memohon jadikanlah kami sekeluarga menjadi hambamu yang soleh dan solehah, berikanlah kami tunjuk ajar dan bimbingan dan berada di jalan yang lurus jalan yang kau redhai

Allahumma Ya Allah berikan kami kekuatan dan keteguhan iman, berikan kami taufiq dan hidayah dari segala sudut dan lindungilah kami dari sikap leka dan lalai dari mengingatimu. Jadikan hati-hati kami hati yang sentiasa mencintai mu dan rasulmu Saidina Muhammad s.a.w tanpa jemu.

Allahumma padamu ku berserah dan padamu ku bertawakal semoga Allah sentiasa membimbing kami , hambamu yang fakir lagi hina ini Ya ALLAH.




Sunday, July 10, 2011

Kenduri Doa Selamat....

Kali ni kenduri agak meriah, cuma kerinduan pada abah teramat sgt.......kalau kenduri begini abah la yang paling sibuk......










Sunday, July 3, 2011

Penyambut Tetamu

Kali ni Aku dan jemaah usrah ku menjadi penyambut tetamu di Majlis perkahwinan anak cikgu mengaji kami, alhamdulillah semuanyer berjalan lancar ....... majlis perkahwinan cukup meriah dan tetamu ramai yang datang.....



Tiga mak dara yang menjadi penyeri majlis....






ibu pengantin dan Kak Nab



Tiga Mak Dara dgn ibu pengantin

Tuesday, June 28, 2011

Sukan Day

Pagi-pagi ibunyer yang bersemangat nak gi sport day.....cik sarah ibu still tido lagi.....padahal malam tadi masuk tido awal.... dah pratice chicken dance tiap-tiap hari ibunyer yang tak sabar nak tengok hasilnyer pagi ni.....

Semasa dalam perjalanan nak ke Stadium GMI kami anak beranak nampak pelangi dengan awan berbentuk love.....anak-anak girang tak terkira.....bertambah semangat cik sarah ......












Sunday, June 19, 2011

Cik Ayu ku.....

Tercapai hajat tuk jumpa Ayu n Family..... hilang rindu ........ anak-anak pon seronok berbual bergurau senda ...... kali ni aku bawa anak angkat ku n ida ke BANDAR TASIK PUTERI


seronok sgt.....tengok dawish pon seronok....

aiman punyer la petah bercakap.....si yoi ngan fikri berbual tak benti


sempat main lagik kat saloon ayu...


Saturday, June 4, 2011

Dan Bila Esok (OST Nora Elena)



Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya

Monday, March 28, 2011

TETAMU KU YANG TERSAYANG

Hujung minggu kali ni haku ajak beberapa teman rapat untuk datang makan tengahari kat umah haku, gembira tak terkira hati setelah 27 tahun berpisah dengan izin ALLAH kami bertemu semula.... Ya ALLAH terima kasih kerana menemukan kami .....sesungguhnya seperti baru menemui harta karun.....













Sunday, March 27, 2011

SENAMAN PAGI DI MASJID HASANAH

Pagi ni kau pergi mengikuti satu senaman, senaman ni agak menarik kerana di beri nama "SENAMAN ASMAUL HUSNA" senaman kali ni di sertakan dengan zikir.... tapi tak ramai yang join tapi aku ...aku pon nasib baik cik anis ngajak aku pi.... apa lagik aku terus pergi dengan cik sarah ku...





Saturday, March 26, 2011

SOLAT KHUSYUK DI IKRAM

Aku, Azu n Liza kali ni menghadiri majlis Solat Khusyuk di IKRAM, ramai sungguh peserta yang menghadiri seminar ni......apapun aku rasa sungguh berbaloi menghadiri seminar ni..... Alhamdulillah ALLAH telah melapangkan masa juga dan tenaga buat diri ini..... syukran...

Ya Allah hamba mu ini bersyukur kerana mempermudahkan segala urusan dan memberi aku suami yang sangat memahami dan mengizinkan aku ke majlis-majlis ilmu, memberi anak-anak yang menyenangkan hati dan pembantu rumah yang sentiasa membantu mengurus dan menjaga rumah anak-anak ketika aku keluar mencari ilmu serta sahabat-sahabat yang memahami, memberi kekuatan dan juga menyokong aku dalam mencari ilmu untuk berada di jalan mu Ya ALLAH.....







Halaqah bersama Ustaz Abu Sangkan

Jumaat malam aku ngan kengkawan menghadiri Halaqah di IKRAM, alhamdulillah rasanya tak terhingga seronoknyer dapat menghadiri majlis-majlis macam ni......syukur Ya Allah kerana memberi masa dan juga tenaga serta mempermudahkan hambamu ini ke majlis-majlis ilmu.

Malam ni aku dapat bertemu dengan sahabat ku Azie yang sekian lama tak jumpa.... majlis ni habis lebih kurang pukul 1.00 pagi....semoga Allah memberkati ilmu yang aku perolehi.... Amin






Saturday, March 19, 2011

Teman se iring dan se Jalan.....se piring juga se pinggan.....


Cuti sekolah kali ni anak-anak happy bangat....coz ayahnyer dapat balik bercuti...so apa lagi laaayyyyyaaannnnzzzzzzzzzzzzzzzzzz


ni masa gi tengok wayang....


ni masa kat Melaka....

Tuesday, March 15, 2011

TENGOK WAYANG.......

Kali ni melayan maisarah nengok citer hikayat Merong Mahawangsa.....citernyer ok lah lain pada yang lain.....kali ni bawa semua se isi keluar .....jgn tak tau bawak mak haku tengok midnight ..... hehhehehhehehee.........

Sunday, March 13, 2011

KULIAH WANITA - Sirah Nabi oleh Ustaz Rashidi Jamil

Berderai air mata bila Ustaz Rasidi Jamil menceritakan kisah Nabi Muhammad s.a.w ...... betapa kasihnya nabi terhadap umatnyer..... hingga ke akhir hayat........ramai jugak jemaah yang tak mampu menahan air mata...ada jugak yang sampai teresak-esak...begitu jugak dengan ustaz yang menahan sendu ketika menceritakan tentang Nabi Muhammad s.a.w




Ustaz Rasidi Jamil









Teman Sekolah Rendah SKKS

Syukur alhamdulillah termakbul doak haku tuk bertemu teman-teman Sekolah Kebangsaan Kampung Selayang Lama (SKKS) semoga persahabatan ini kekal hingga akhirat nanti........ pencarian kengkawan SKKS masih di cari dan di jejaki semoga ALLAH permudahkan.... Aminnn



buku nota masa sekolah rendah dalam simpanan Fadzley




Sebelum Remaja


Kini "REMAJA PURBA"

Saturday, March 12, 2011

Teman Sekolah Menengah ......

Kengkawan masa sekolah menengah lak ..... kami mengeteh di Bangi Kopitiam ...huru hara aku nengok kedai makan BK ni ..... sehengat aku dah macam pasar borong pon ada gak.....





Tuesday, March 8, 2011

Jalan-jalan Cari Makan


Hari ni melayan kehendak anak-anak lelaki pulak, tapi maknyer pon sama sambil nyelam drink air hehehhehee....... yang anak pompuan lak dapat la apa kehendak dia so mak and anak sempat bersolek di kedai BB.....tapi my darling said macam opera cina...betul ke......ke segan nak puji hhuhuhuuhuhu














Sunday, February 20, 2011

Bersama Ust.Hishammudin Mansor

Kuliah hari ni mengenai Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya