Tuesday, February 17, 2009

Bad Love/ Cruel Love

Hari ni satu hari layan DVD korea tu la tajuk dia Bad Love/ Cruel Love, tu yang malas nengok citer korea ni tak sudah-sudah buat aku nangis dari mula sampai habis. Rasa aku lak yang berlakon dalam citer tu hmmmmm tapi very touching la. Ni la pelakon lelaki korea yang paling aku minati Kwong Sang Woo boleh katakan semua lakonan dia semua menjadik

Kisah citer ni berkisar konflik rumahtangga, cinta 3 segi, konflik adik beradik dan pergorbanan sepasang kekasih. Kalau citer tak baper feel la better korang tengok, aku letak 5 bintang kat citer ni



Monday, February 16, 2009

Citer Korea - NEW HEART

Citer korean ni lah yang tengah aku layan dari hari senin sampai la hari khamis pukul 7.30 pagi waktu arab la. Nasib baik gak la aku dapat lagik Channel RTM 1 @ RTM 2 kalau ikut kata kawan-kawan lain diorang dah tak dapat tengok lagik dah channel RTM ni.

Tapi aku dah tengok sampai habis dah citer ni kat msoju.com, tapi layan gak pepagi kat TV sebabnya anak-anak gi sekolah aku apa lagik buat keje aku la jawapnyer. Kalau buat taik mata takut terlajak la pulak hehehhehehee.

Aku bagik 4 bintang kat citer ni, tapi kalau ikut kata hati aku la kan citer korean ni tak boring jalan citer diorang best. Apa-apa pun selamat menonton citer New Heart ni kat RTM 2 jam 12.30 hari waktu Malaysia tapi pada yang bekerja tu tak dapat la nengok korang search jer kat msoju.com ek.

Sunday, February 15, 2009

CITER SEMALAM

Hari ni budak-budak mengaji so malam ni plan buat Kuih Bakar Bijan ngan Popia Goreng untuk menjamu anak-anak mengaji. Malam ni bak org kata rezeki rimau si su bawak Kek Span, si hanani bawak Meehoon Goreng ngan Puding Karamel.

Ni kalau tak da kelas mengaji memang payah la mak-mak nak berjumpa begitu jugak ngan anak-anak. Anak-anak aku sejak tinggal kat sini tak berkesempatan nak main bola sepak ke, roundes ke, naik basikal ke. Hidup diorang sekang ni tu la tu komputer, PSP, WII, tengok TV, tido makan ngan gaduh. Tu la sampai aku gaduh ngan anak-anak aku ni kedekut betul nak bagi pinjam komputer diorang kalau diorang dah pegang komputer memang tak da chance la aku nak hapdet blog ke, nak balas email ke, nak nengok facebook ke isshhhhhhhh sabau jer la.

Sure gaduhnyer ngan budak-budak ni, cuti sekolah dah nak mula memang tak da harapan la aku nak pegang komputer, jawapnyer aku duduk kat dapor jer la masak, masak dan masak. Aku kena bersiap sedia mental ngan fizikal ni kompem budak-budak ni menyepahkan rumah, duduk kat dapo ngan bergaduh tak gaduh ngan sesama diorang sure gadoh ngan aku la jawapnyer.

Thursday, February 12, 2009

Pertemuan & Perpishan

Dah lama tak jumpa kengkawan bukan tak nak jumpa atau telepon tapi tu la keadaan tak mengizinkan isshhh alasan bak kata kengkawan.... mana taknya bagi alasan yang sama asyik2 darling aku lupa nak beli prepaid pas tu kata darling kalau beli prepaid cepat benar abis. hehehehhee nama pun pompuan kalau dah lama tak call kalau call kengkawan sekali sekala sure berjamnya.

Alhamdulillah dapat jumpa ni sambil makan-makan pon dah syukur, tapi yg best tu tak sangka teman lama masa kat opis pon ada sama. Kata akak tu dah sampai 3 minggu isshhh hawat la aku ni. Tapi seronok bangat beb dapat jumpa kawan lama macam-macam stori , masa jer tak cukup.

Tapi ada gak yang tak bestnya, ada di antara kawan-kawan yang nak pindah ke Jeddah dan ada yang nak balik bercuti ke Malaysia. Itu la tu setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan nampak gayanya aku keseorangan lagik. Kawan aka jiran dah nak balik dah tak sanggup rasanya lalui kesunyian dan kesepian sekali lagik.

Apa-apa pun sempat la ibu-ibu berposing sakan sempat lagik usik-mengusik masa bergambar.....aaarrggghhhh terubat rindu akhirnya, mehla nengok ibu-ibu berposing kelakau.....


Cik Nurie, Cik Ayu N Cik Su, hmmm Cik Ayu ni lah aka jiran aku yg nak pulang bercuti katanya cuti panjang.....uuuwwaaaaaaaaa tak da teman nak mengukur jalan lagik weeiiii.



Ayu tak mak dara 3 serangkai ni.... hehehehehehe



Teringat masa sekolah dulu2 ambik gambar kelas, ni lebih kurang la ni ngeh ngeh ngeh


Nasib baik guru kelas tak da kalau ada dah tentu mengamuk anak murid sempat lagik bising masa bergambar...... hahahahahahhaa



Tengok tu nakal sungguh anak murid ni .....wakakakakkakaa



Lama tak jumpa hmmm apa lagik ni la masanya mengusik hehehehehehehehe



Bukan mak-mak jer yg sempat posing anak-anak pun sama



hmmmm so sweet budak-budak ni

Thursday, February 5, 2009

Hmmm rindunyer................

Dah lama sungguh tak hapdate blog ni, pagi ni tak leh tahan rasa rindu pada emak, abah ngan anak kat msia. Tak lupa juga pada rumah kesayangan ku, dah lama tak mendekorasikan rumah dan dah lama jugak tak menyopping beli barang hiasan rumah. Ni tengah melayan perasaan berangan nak menghias rumah.

Ini la gambar rumah aku yang ku tinggalkan... sob sob sob..... apa khabar la gamaknya rumah aku ni.