Friday, August 28, 2009

TERUSKANLAH.....................

Lirik Lagu Teruskanlah - Teruskanlah


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu

Back to Reff

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

Thursday, August 27, 2009

Sehari Bersama cik Eita.....




Hari ini aku berbuka poser ngan kawan sekolah aku masa sekolah menengah.....ini jer kawan yang tinggal.....yang lenlain semuanya busy gamaknya. Punyer la lama aku tak jumpa ngan kawan aku ni bila jumpa macam jejak kasih lak....

Jumpa dan mula kawan masa umur 15 tahun sekang ni bila jumpa masing-masing nak masuk umur 40 han......cepat betol masa berlalu. Untuk bulan ramadhan kali first time aku berbuka puasa kat luar....kami berbuka di Cozy Corner Ampang Park....

so layang la gambar kami ni ek......

Thursday, August 20, 2009

Aku di uji lagi....


Sebelum ni dah seminggu aku deman, batuk dan selsema, minggu ke 2 pulak aku di serang muntah-muntah....hati ni bimbang gak takut kena H1N1 kang tak pasal-pasal pulak la aku yang masuk sepital.....Hari Isnin seharian aku muntah-muntah tapi yang keluar angin jer... sampai la ke tengah malam....tiba-tiba aku terjaga dari tido...perut aku belah kanan sakit giler....macam ada yang meramas-ramas ..... bila aku tekan sakitnya sampai ke buah pinggang

Pelan-pelan aku bangkit lalu ke tandas.....punyer la tak tahan sakit..... tak leh tido di buatnya.... sampai la pagi aku menahan....dalam pukul 9.00 pagi aku bergegas ke Hospital An Nur so doktor kata suspect "Appendix" terkejut dog aku dibuatnya....itulah semuanya kuasa ALLAH....maha suci Allah...Allah maha kaya.... itu semua ketentuanNYA. Doktor suh masuk wad tapi aku kata tak yah pasal dekat nanti kalau sakit sangat saya datang balik....hehehhehe degil punyer pesakit....

Aku pon balik...sampai umah aku pon rehat sekejap...golek sana solek sini......aku pon nak naik mandi nak solat Asar....sakit Allah sajer yang tau.....masa mandi aku muntah-muntah lagi....dah naik tak larat nak muntah....so aku pon solat....abis jer solat aku muntah lagik...tiba-tiba aku pengsan .... ramai-ramai angkat aku dari bilik atas turun terus hantar Hospital An Nur... doktor scan kompem "appendix".

Apa nak kata....aku redha diuji lagik.....selagi bernama hamba selagi tu la kita akan sentiasa di uji...Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hambanya.


Wednesday, July 22, 2009

Aku Redha Dengan Ujian Mu Ya Allah......Part 2

Pembedahan untuk kali ke 2.....Anakku Asyraaf sentiasa berada di sisi ayahnya


Sesampai ajer aku di rumah lebih kurang jam 10.00 malam aku pon menelepon ke bilik ICU bertanyakan keadaan suamiku. Jawap seorang nurse "En. Zul keadaan dia stabil kak cuma ada pendarahan sikit, tapi masih terkawal". Aku terus bertanya "tadi doktor tak ada kata apa pon, dia kata everything ok". Cepat-cepat nurse tu jawap "akak jangan risau kalau ada apa-apa kami akan segera beritahu", aku pon terus letak telepon.

Belum sempat aku tukar pakaian lebih kurang 10 minit hp aku berdering, "kak doktor nak cakap ngan akak", terkejut aku dibuatnya dan bertambah laju degupan jantung serta terasa panas darah naik ke muka bila doktor kata "kami terpaksa bawa En. Zul ke bilik operation semula kerana terdapat pendarahan yang tidak berhenti". Aku cuma sempat jawap "kenapa doktor?" doktor sempat jawap "puan di minta datang dengan kadar segera ke hospital". "ALLAHU AKBAR" aku menjerit sekuat hati dalam kamar ku, badan ku lemah fikiran ku melayang. Aku terus mengangkat tangan "Ya Allah bantu la suami ku dan kau bantu la aku ya Allah, berikan la hamba mu ini kekuatan ya allah sesungguhnya aku sudah tiada daya upaya".

Aku terus call emak dan beritahu keadaan suamiku..... aku mohon mak buatkan sembahyang hajat untuk suamiku, berderai airmata, melayang semangat entah kemana. Pesan ibu "berdoa dan bertawakallah kepada Allah na, semoga semuanya selamat. Emak sentiasa mendoakan zul moga dia dan kau sentiasa tabah dan kuat hadapi ujian ini". Berderai laju lagi airmata ini, namun hati ini masih mengucapkan syukur kerna aku masih punya ibu, doa seorang ibu itu tidak ada hijab........ Alhamdulillah.......syukur ya Allah.

Kemudian aku call Roslee (agen insuran) yang kebetulan tinggal berdekatan dengan hospital Pantai.... aku mintak tolong pergi ke hospital melihat keadaan suamiku, kemudian aku call adik ipar ku dan suruh dia bergegas ke hospital. Dalam keadaan yang kelam kambut aku terus bersiap dan terus memandu laju ke hospital. Kali ni aku di temani anak lelaki ku yang nombor dua, tiada kata-kata hanya zikir dan istigfar yang bermain dibibirku.

Sesampai saja di selekoh Desa Water Park aku di tahan oleh polis trafik kerana memandu laju tak silap aku 130km sejam. Memang patut pon aku di tahan, tapi bila aku berhenti nak kuarkan lesen polis trafik suruh aku beredar. Syukur alhamdulillah.....ya Allah terima kasih atas bantuan mu ya Allah. Sesungguhnya kau maha mengetahui ya Allah.

Sesampai ajer aku di hospital Roslee (agen insuran) bagitau suamiku telah masuk ke bilik pembedahan kira-kira 1/2 jam yang lalu. Bergenang air mata ini kerana aku tidak sempat menatap wajahnya sebelum masuk ke bilik pembedahan. Doaku sentiasa mengiringi mu wahai suami ku.

Tepat jam 3.30 pagi aku di panggil dan diberitahu yang suamiku telah berada di bilik ICU, Ya Allah cekalkan hati dan kuatkan semangat ini untuk melihat keadaan suamiku buat kali ke 2. Kali ini airmataku tertumpah lagi bila melihat keadaannya.... aku terluka lagik. "Abang kuatkan semangat, tabahkan hatimu moga abg sentiasa sabar dalam menahan kesakitan, moga Abang sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya, amin".

Doktor memeluk erat bahuku cuba memberi aku semangat, kata doktor "this time it will be fine" kali ini aku hanya mampu tersenyum. Anak aku Asyraaf tidak dapat lagi menahan airmata menangis teresak-esak melihat keadaan ayahnya. Sempat aku memeluk dan berbisik "kita kena kuat semangat, baru ayah kuat semangat biar apapun terjadi kita mesti senyum bila ayah buka mata nanti yer", asyraaf hanya mampu menundukkan kepala.

Lega hati ini walaupon mesin dalam bilik ICU ini makin bertambah, tapi bila lihat balang yang sebelum ini penuh darah tapi kini darah tersebut dah mula turun dengan perlahan. Alhamdulillah maha suci Allah sesungguhnya kau maha besar maha kaya ya Allah.

Aku Redha Dengan Ujian Mu Ya Allah......Part 1

Hari ini aku di uji ..... aku bersyukur kerana di beri kesempatan melalui ujian sehebat ini ..... semua ini ku terima dengan tabah apapun keputusan dan takdirnya aku terima dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya kau lebih mengetahui dari hambamu ini ya allah.....ku serahkan hidup dan matiku kepada mu....

Hari ini debaran jantungku semakin kencang....pukul 7.30 pagi suamiku telah di tolak masuk ke bilik operation untuk menjalani pembedahan jantung ( bypass). Aku sempat memohon ampun dan maaf meminta dihalalkan makan dan minum ku dan sempat aku berbisik kepada suamiku "kita jumpa nanti, semoga selamat",. Bederai airmata tanpa henti, semakin laju degupan jantung ini bila suamiku hilang dari pandangan. Hati ini berdoa "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Maha Suci Allah, Sesungguhnya kau maha pengasih dan maha penyayang, berilah aku kekuatan, kesabaran dan juga ketabahan menghadapi ujian mu ini Ya Allah. Ku serahkan suamiku dalam jagaan mu hanya kau yang maha mengetahui yang terbaik untuk hambamu ini ya Allah. Amin amin ya rabbal alamin".

Hati ini berzikir tanpa henti, tak lalu makan tak lalu minum, berdiri tak kena duduk tak kena, sahabat karib ku mengambil cuti tujuannya untuk menemani aku dan sedikit sebanyak memberi aku kekuatan menghadapi hari ini. Anak lelaki sulung ku juga sentiasa berada di sisi ku menemani aku dan suami ku dari mula suami ku dimasukkan wad hingga hari pembedahan. Allah benar-benar memberi aku kekuatan, sedikit kegelisahan tak terlihat di wajahku aku cuba kuatkan semangat untuk hadapi apa jua kesudahan cerita hari ini.

Kira-kira jam 3.30 petang pembedahan yang dilakukan ke atas suamiku telah selesai, aku telah di panggil untuk masuk ke bilik ICU. Ku tinggalkan makanan dan minuman yang baru ku pesan dan terus bergegas ke bilik ICU. Subhanallah syukur alhamdulillah semuanya telah selesai, aku pitam bila melihat keadaan suami ku nasib baik sempat di sambut oleh doktor. Tiada daya upaya menahan pilu melihat keadaan suamiku, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bederai air mata anak sulungku pabila melihat ayahnya begitu rupa.

Setelah keadaan ku tenang doktor pakar bius dan doktor pakar jantung memberitahu sebanyak 5 bypass terpaksa dilakukan dan urat kaki kiri dan kanan yang di ambil halus katanya tak senormal seperti orang lain. Keadaan suami ku dikatakan stabil. Aku bergegas ke bilik solat dan mengerjakan solat syukur kerana semuanya telah selamat. Syukur alhamdulillah semuanya telah selesai....

Kira-kira jam 6.00 petang doktor memanggil aku dan suruh aku tunggu sehingga pukul 9.00 malam, ku lihat bilik ICU dimana suami aku ditempatkan agak cemas. Bila aku tanya doktor katanya semuanya OK, tapi dari pengamatan aku pasti ada sesuatu yang tak kena. Tepat jam 9.00 malam aku jumpa doktor semula dan bertanyakan keadaan suamiku, doktor kata semuanya OK dan dia suruh aku pulang memandangkan keadaan aku yang tak cukup rehat dan tak cukup tido. Aku pon pulang ke rumah sebelum aku melangkah keluar dari bilik ICU aku nampak suamiku dah mula minum.




Saturday, June 6, 2009

CEPAT MASA BERLALU..................................


Petang ni memang tak ada mende nak buat .......apa lagik aku pon nengoklah gambar-gambar memula sampai kat Riyadh sampai la ni.....sedar tak sedar cepat benar masa berlalu.......dan dalam sedar tak sedar umur aku dah pon nak masuk ke angka 40han...... subhanallah.....

Rasanya baru jer aku bersalinkan maisarah.......si sarah pulak sampai la ni masih lagik menyusu badan....walaupon susunyer enggak ada hehehhehehee...... dan sekarang ni bila dia dah pandai bertanya macam-macam baru aku terasa .....dia semakin bijak dan semakin banyak persoalan yang bermain di minda nyer..... soalan cepumas yang aku sendiri tak leh jawap yang selalu lak dia tanya "naper ibu kawin ngan ayah", emmmmm dari mana ek dia boleh terpikir soalan macam tu....hehehehheehee

Sekang ni asyik la menyanyi lagu omputih jer...dah kenal Avril Lavinge, Miley Cyrus, Paramore ntah betol aku eja ntah idak.....isshhhh aku pon dah naik gerun.......budak-budak sekang ni....cepat benar terikut ......bila aku nengok gambar ni terasa aku sudah semakin berumur rupanya......



Saturday, May 2, 2009

......Esbox aka Peti Ais......

Berbulan-bulan aku tangguh untuk mengemas aisbox aku ni, ni dah kira tahap mata aku tak boleh tahan nengok betapa kotornyer dan betapa bersepahnyer aisbox aku ni. Makin lama di biar ingatkan asben aku nak ngemas…. rupa-rupanya dia yg berbunyi dok tanya tak bersih kan ke aisbox ni…. Huhuhuuhuhu

Apalagik sesi memunggah dan membuang segala harta benda yang tak leh digunakan aku campak dan kuhumbankan ke dalam plastic sampah… sesedap tangan dan mata aku la buang semua khazanah yang menyakitkan mata aku kat dalam aisbox aku ni. Kemas punyer kemas kat 1 ½ jam rupanya aku habiskan masa untuk mengemas aisbox aku ni. Harap2 tahan lama la kebersihan aisbox ni…… aku ingat nak tampal peringatan kat pintu aisbox aku ni bagik anak-anak aku jangan sesedap hati diorg menyimpan semua barang kat aisbox ni hehehehehhee........







selesai mengemas .... abaikan gambar model yg baju merah tu ek......